Lori Kempen DAP Dicuri

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah lori kempen DAP dilaporkan telah dicuri pada awal pagi Sabtu di Johor Baru.

Ketua Pemuda DAP dan Pengerusi Parti itu bagi Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata, walaupun mereka tidak begitu pasti sama ada lori itu “tersalahletak” atau dicuri, tetapi berkemungkinan oleh kecurian.

Beliau berkata, kenderaan seberat lima tan itu dilihat kali terakhir oleh para pekerja parti di luar sebuah kedai di Taman Tun Aminah, Skudai pada pukul 1 pagi pada Sabtu.

Para pekerja parti telah memuatkan trak itu dengan bahan-bahan kempen untuk ceramah malam di Seremban.

“Lori itu sudah tiada apabila para pekerja datang semula ke kedai itu pada pukul 6 pagi,” katanya kepada The Star.

Beliau menambah, sesuatu yang pelik bagi pencuri untuk mencuri lori itu yang dihiasi dengan pelekat DAP.

Loke berkata, parti itu akan membuat laporan polis mengenai perkara itu tidak lama lagi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan