Khairy Gesa Warga Internet Guna Laman Sosial Secara Lebih Matang

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyeru warga Internet supaya bersikap lebih matang dalam menggunakan laman sosial.

Sambil menyatakan bahawa media sosial tidak mempunyai sempadan dalam penyebaran maklumat, beliau menasihati mereka agar menggunakan alat yang amat penting itu bagi tujuan yang boleh memberi manfaat.

Beliau berkata ini termasuk memberi maklumat kepada orang lain tentang pelbagai perkara seperti keadaan lalu lintas, banjir, kemalangan dan sebagainya.

"Seperti di Amerika, orang menggunakan media sosial untuk berhubung dan menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas oleh Taufan Sandy yang begitu dahsyat baru-baru ini," katanya kepada pemberita pada pelancaran lunak Minggu Media Sosial Malaysia 2013 di sini, Jumaat.

Dianjurkan Malaysia Social Media Chambers dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, acara itu dijadual berlangsung dari 26 Februari hingga 3 Mac tahun depan.

Khairy juga memuji langkah kerajaan menggunakan media sosial dalam menyebar maklumat kepada orang ramai. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan