Selangor Akan Merosot Jika Isu Air Temui Jalan Buntu - NGO

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor berhadapan risiko hilang status negeri maju jika ia gagal menyelesaikan kebuntuan isu air yang menghalang multinasional dan perniagaan daripada beroperasi di negeri itu, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Datuk Sohaimi Shahadan berkata lebih 1,000 permohonan daripada pelbagai pihak untuk membuka kilang di Selangor ditolak atau ditangguhkan oleh pengedar air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), berikutan unjuran kekurangan teruk air dirawat.

"Pada masa ini, banyak pelabur memintas Selangor hanya disebabkan SYABAS tidak berupaya untuk membekalkan air dirawat dalam jumlah besar untuk kilang beroperasi. Inilah yang membimbangkan jika pelabur terus meminggirkan Selangor," katanya.

Laporan berita menyebut Top Glove Corporation, pengeluar terbesar sarung tangan dunia, yang meminta tambahan 20 peratus penggunaan air ditolak oleh SYABAS. Pengilang barangan pengguna F&N mengalami gangguan bekalan air selama lima hari di kilang baharunya yang berharga RM300 juta di Pulau Indah.

Sohaimi berkata Selangor yang merupakan negeri paling kaya di Malaysia, akan kembali mundur jika kerajaan negeri kurang berminat dalam memastikan kepentingan pelabur di Lembah Klang, selain kegagalannya menyediakan keperluan asas untuk isi rumah di negeri itu.

Beliau menggesa SYABAS terus mengingatkan kerajaan negeri Selangor mengenai kekurangan kritikal air dirawat, dan menambah SYABAS mesti proaktif menyuarakan pandangannya dalam menangani kekurangan itu sebelum rizab air di lojinya mencecah paras kritikal.

"Kami (GPRS) difahamkan bahawa SYABAS sudah menghantar surat kepada kerajaan negeri Selangor tiga tahun lepas, menjelaskan perlunya untuk mempunyai loji tambahan untuk merawat air.

"Oleh itu, ia merupakan tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan pembinaan loji tambahan," kata Sohaimi yang menambah kerajaan negeri mempunyai 30 peratus kepentingan dalam SYABAS.

Beliau berharap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menggunakan isu air sebagai alat politik untuk memenangi sokongan pengundi negeri itu berbanding gesaan kerajaan persekutuan untuk loji tambahan.

Beliau berkata Khalid mesti melihat kekurangan air dirawat sebagai isu jangka panjang dan mengambil kira pertumbuhan penduduk.

"Beliau (Khalid) mesti melihat isu itu daripada perspektif mikro dan makro. Selangor bukan sahaja membekalkan air untuk negeri itu, malah Putrajaya dan Kuala Lumpur," kata Sohaimi.

Mengenai cadangan loji rawatan Langat 2, Sohaimi percaya pembinaan loji itu merupakan jawapan kepada bekalan air dirawat yang mencukupi untuk negeri itu bagi tempoh 10 hingga 15 tahun memandangkan kemudahan yang dicadangkan itu mengambil kira banyak faktor, termasuk tempoh kemarau pada 1998 serta peningkatan bekalan air mentah dari Pahang.

"Kita mesti memahami bahawa tidak semua sumber utama bekalan air di Selangor boleh dirawat. Ada yang tercemar dan menjadi ancaman serius. Oleh itu, adalah bersesuaian untuk mempunyai sumber air mentah dari negeri lain," katanya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat "bertelagah" dengan kerajaan persekutuan membabitkan cadangan kerajaan pusat untuk menyegerakan pembinaan loji Langat 2 bagi mengelak krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2016.

Loji itu bertujuan menambah kapasiti air dirawat dan memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat iaitu 3.5 peratus setahun.

Walaupun kerajaan persekutuan merancang meneruskan penawaran tender pembinaan loji rawatan Langat 2, kerajaan negeri berkata ia mempunyai kuasa pemutus dalam meluluskan projek memindahkan air mentah dari Pahang ke Langat 2, bernilai RM8.65 bilion itu.

Dalam perkembangan terkini, kerajaan negeri Selangor mengumumkan rancangannya untuk memulihkan loji rawatan air Bukit Jelutong bagi cadangan teknologi membran yang tidak berfungsi, yang didakwanya dapat meningkatkan pengeluaran air dirawat membabitkan tambahan 100 juta liter sehari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan