Rasuah: Nazri Bidas Dakwaan Rafizi

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pada Khamis menafikan beliau mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu seperti yang didakwa parti pembangkang.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa mempunyai bukti hubungan Nazri dengan jutawan kayu, Michael Chia dalam penyiasatan tuduhan rasuah bernilai RM40 juta.

"Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, "katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau badan kehakiman.

Rafizi sebelum ini telah mendedahkan bukti bahawa keluarga seorang menteri kanan mendapat manfaat terus daripada sumbangan Michael Chia.

"Anak kepada menteri kanan ini dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam.

"Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hak milik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG," katanya.

Rafizi menjelaskan melalui kerjasama dengan Sarawak Report, PKR telah menjalankan siasatan sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah tersebut benar-benar digunakan oleh anak menteri berkenaan.

Beliau turut mendakwa tindakan menteri kanan itu mempertahankan Michael Chia yang sedang disiasat oleh SPRM telah menimbulkan perselisihan kepentingan kerananya yang menteri juga bertanggungjawab terhadap SPRM.

"Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara menteri ini kerana cuba melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anaknya," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan