LHDN Kutip RM98.4 Bilion Cukai Dalam Tempoh 10 Bulan Pertama Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah berjaya mengutip RM98.4 bilion cukai dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini - melepasi sasaran yang ditetapkan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Kata Mohd Irwan, jumlah ini adalah RM1.7 bilion lebih daripada sasaran RM97 bilion.

Sehubungan dengan itu beliau yakin LHDN mampu meraih kutipan sehingga RM120 bilion sehingga hujung tahun ini.

“Setiap kutipan lebihan yang berjaya dikutip daripada jumlah sasaran setiap bulan merupakan satu bonus kepada kerajaan,” ujarnya selepas melancarkan Hari Inovasi LHDN di sini.

Mohd Irwan menambah, sasaran kutipan cukai tahun ini adalah 10 peratus lebih tinggi dari kutipan tahun sebelumnya iaitu RM109 bilion.

Sementara itu Mohd Irwan berkata, pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua yang bermula pada Khamis berjalan lancar tanpa sebarang masalah di semua pusat pendaftaran di seluruh negara.

Beliau menambah, dalam BR1M yang pertama sejumlah 2.1 juta penerima telah menerima faedah daripada skim bantuan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa sejumlah RM3 bilion telah diperuntukkan untuk BR1M pusingan kedua ketika membentangkan Bajet 2013 September lalu.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan