KPDNKK Senarai 14 Barang Harga Kawalan Sempena Deepavali - Ismail Sabri

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Jumaat mengumumkan 14 jenis barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2012.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata skim itu berkuat kuasa selama 10 hari dari 8 hingga 17 November sempena sambutan Deepavali pada 13 November ini.

Beliau berkata barangan terlibat ialah ayam hidup dengan harga maksimum RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7/kg), ayam super (RM7.80/kg) dan daging kambing tempatan bertulang (RM35/kg).

Selain itu, daging kambing biri-biri import bertulang (RM19.50/kg), daging kambing biri-biri import tanpa tulang dan tidak termasuk peha(RM23/kg), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM24/kg), telur ayam gred A (RM 0.35sen sebiji), B (RM0.34sen) dan C (RM 0.33 sen), tomato (RM4/kg), bawang merah kecil (India) (RM5.50/kg), ubi kentang import (China) RM3/kg) dan kacang dhal (Australia) (RM3.50/kg).

"Kesemua harga adalah untuk jualan runcit di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Harga bagi negeri-negeri lain di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan mempunyai sedikit perbezaan," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat. Katanya, skim kawalan harga itu dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi memastikan pengguna memperoleh barangan itu dengan harga berpatutan dan menyekat daripada peningkatan harga yang melampau.

Menurutnya, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal mengikut harga maksimum ditetapkan dan sekiranya menjual melebihi harga, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

"Syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," kata Ismail Sabri.

Katanya, peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan terlibat dan kegagalan berbuat demikian boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu, manakala denda RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat.

Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim tersebut boleh dibuat menerusi emel ke e-aduan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan