Kemudahan Kredit, Perlindungan Pelabur Terbaik Bawa Malaysia Di Tempat Ke-12 Negara Berdaya Saing Di Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kemudahan mendapatkan kredit dan perlindungan terbaik buat para pelabur merupakan dua aspek utama yang membolehkan Malaysia diletakkan pada ranking ke-12 sebagai negara paling berdaya saing dan mesra perniagaan di dunia oleh Bank Dunia baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kedudukan Malaysia yang bertambah baik dalam senarai itu setiap tahun, secara tidak langsung memberikan tekanan kepada penjawat awam, khususnya warga Kementerian Kewangan, untuk melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang pada masa depan bagi membaiki lagi kedudukan.

Beliau berkata Laporan "Doing Business 2013" oleh Bank Dunia baru-baru ini antara lain turut mengesahkan bahawa Malaysia sebagai negara terbaik di dunia dalam aspek menyediakan kemudahan mendapatkan kredit, dan nombor empat terbaik dunia dari segi menyediakan perlindungan buat para pelabur.

Menurutnya para pelabur luar yang datang ke Malaysia merasakan bahawa mereka sentiasa dilindungi oleh pelbagai peraturan dan undang-undang sedia ada, di samping pemantauan baik oleh badan-badan pengawal selia seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, dan lain-lain lagi.

"Aspek-aspek lain juga menunjukkan kemajuan yang baik yang membolehkan ranking negara melonjak dalam senarai itu," katanya pada persidangan media selepas merasmikan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Kewangan di sini.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Awang Adek berkata pada tahun 2010 Malaysia diletakkan pada ranking ke-23 dalam senarai laporan berkenaan, manakala tahun lepas kedudukannya bertambah baik pada kedudukan ke-18, dan tahun ini menyaksikan lonjakan paling tinggi dalam kedudukannya, meletakkan ia pada ranking ke-12.

Beliau berkata laporan itu dibuat menerusi kajian Bank Dunia terhadap 185 ekonomi, merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan merentasi sempadan.

Katanya Malaysia berjaya membaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu dari segi Kemudahan Bekalan Elektrik yang melonjak dari tempat ke-59 kepada tempat ke-28; Pendaftaran Hartanah dari tempat ke-59 kepada 33; Pembayaran Cukai dari tempat ke-41 kepada 15; Perdagangan Rentas Sempadan dari tempat ke-29 kepada 11; dan urusan Permit Pembinaan dari tempat ke-113 kepada 96.

Awang Adek berkata dalam usaha untuk mencapai status negara maju, Malaysia tidak dapat lari daripada menjadi sebuah negara yang produktif, yang hanya boleh dicapai menerusi pemupukan budaya inovatif dalam jenteranya, terutama dalam sistem penyampaian kerajaan.

Beliau berkata ketika ini Malaysia dilihat mengambil pelbagai langkah yang betul yang membolehkan ia berada pada landasan terbaik untuk mencapai impian negara maju, yang turut diperakui oleh pelbagai pihak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Nazirah Bahari. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan