AEON Ambil Alih Kepentingan Dalam Carrefour M'sia

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat peruncitan utama Jepun, Aeon Co Ltd, pada Khamis mengumumkan penyelesaian pembelian saham operasi Carrefour Malaysia yang membabitkan kira-kira 15.1 bilion yen.

Aeon menandatangani perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih 100 peratus saham anak syarikat operasi pasar raya besar Carrefour Malaysia, Magnificient Diagraph Sdn Bhd dan Carrefour Malaysia Sdn Bhd, yang mempunyai 9.3 peratus hak pengundian dalam Carrefour Malaysia daripada Carrefour S.A dan anak-anak syarikatnya.

Aeon dalam satu kenyataan menyatakan pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi tunai sedia ada dalam tangan.

Aeon Malaysia ialah peruncit ketiga terbesar di Malaysia.

Aeon Asia Sdn Bhd, syarikat baharu yang mengawal dan menyokong Syarikat kumpulan di Asean, akan beribu pejabat di Kuala Lumpur, dan memulakan operasi hari ini.

Aeon sudah berada dalam pasaran Malaysia sejak 1984 dan mempunyai 25 kedai barangan umum dan empat pasar raya, menerusi anak syarikatnya Aeon Co. (M) Bhd.

Aeon kini beroperasi di enam negara Asean, termasuk Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.

Menerusi Pelan Pengurusan Jangka Sederhana tiga tahun kumpulan itu mulai tahun fiskal 2011 hingga 2013, Aeon melihat "Peralihan ke Pasaran Asia" sebagai usaha penting dalam merealisasikan pertumbuhan di luar pasaran Jepun.

Aeon juga mengumumkan nama korporat Magnificent Diagraph Sdn Bhd, ditukar kepada Aeon BIG (M) Sdn Bhd.

Menerusi pengambilalihan Carrefour Malaysia, Aeon menjadi kumpulan peruncit kedua terbesar di Malaysia.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan Asia, Aeon Co Ltd, Nagahisa Oyama berkata, jumlah pelaburan yang diperuntukkan untuk peluasan perniagaan di Vietnam, Indonesia dan Kamboja berjumlah 30 bilion yen.

Oyama berkata, penyelesaian pengambilalihan Carrefour Malaysia bakal memperlihatkan proses penjenamaan semula, dengan pasar raya dikenali sebagai Aeon Big.

"Kami merancang membuka 100 pasar raya di Malaysia menerusi kumpulan Aeon menjelang 2020," katanya pada taklimat media bagi mengumumkan strategi perniagaan Aeon di Malaysia.

Beliau berkata pengambilalihan Carrefour Malaysia tidak menjejaskan pekerja kerana semuanya akan dikekalkan.

Oyama berkata Carrefour Malaysia akan beroperasi sebagai entiti berasingan daripada Aeon Co (M) Bhd selepas pengambilalihan itu, termasuk jika kedua-dua entiti bekerjasama dalam membangunkan produk bersama.

Aeon Co (M) Bhd di senarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Oyama berkata keuntungan operasi bagi operasinya di Malaysia tahun ini dianggarkan 10 bilion yen.

"Kami akan melakukan strategi pertumbuhan selepas pengambilalihan Carrefour Malaysia. Kami yakin perniagaan Carrefour boleh menguntungkan. Kami percaya prestasi rendahnya disebabkan ia tidak melabur dengan betul," katanya.

Pada 4.20 petang, saham Aeon Co. (M) Bhd susut 18 sen kepada RM12.30. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan