50 Peratus Juruterbang Menganggur Bakal Diambil Berkhidmat Dengan Malindo Air

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian daripada pemohon yang hadir ke temuduga terbuka Malindo Air mengumpulkan borang permohonan masing-masing. Temuduga diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis dan dihadiri seramai 3,000 orang. -foto THE STAR
Sebahagian daripada pemohon yang hadir ke temuduga terbuka Malindo Air mengumpulkan borang permohonan masing-masing. Temuduga diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis dan dihadiri seramai 3,000 orang. -foto THE STAR

PETALING JAYA: Malindo Air menetapkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada masalah juruterbang menganggur dapat diatasi.

Syarikat penerbangan tambang rendah terbaru negara, bersama rakannya Lion Air akan menyerap masuk 600 juruterbang yang hadir ke temuduga terbuka yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis.

Dan mereka mungkin dipanggil untuk temuduga selanjutnya yang dirancang diadakan pada hari ini dan esok, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Ramamuthy.

Beliau memberitahu The Star: "Kami akan mengambil kesemua mereka (yang hadir semalam) dan lebih ramai juruterbang dengan syarat mereka layak dan memenuhi semua keperluan termasuk lulus peperiksaan kemasukan dan memenuhi syarat Jabatan Penerbangan Awam.

"Kami akan mengambil mereka dalam tempoh setahun. Tempoh tersebut tertakluk kepada kesediaan simulator dan tenaga pengajar. Kami berhasrat meletakkan satu jawatan simulator di Kuala Lumpur awal tahun depan."

Beliau menambah Malindo akan mengambil sebahagian daripada juruterbang dan sebahagian lagi akan diserap masuk oleh Lion Air dari Indonesia, syarikat penerbangan milik persendirian di negara itu yang mengawal 50 peratus pasaran udara domestik.

Mereka yang diambil bekerja perlu melaksanakan penarafan jenis pesawat dan bayaran bagi latihan melalui pinjaman bank dan sumber pembiayaan lain kata Chandran.

Malindo, yang dilancarkan penghujung September lepas merupakan usahasama antara syarikat dari Malaysia, Nadi Sdn Bhd dengan syarikat Indonesia PT Lion Grup, yang mengawal Lion Air. Nadi mempunyai 51 peratus kepentingan dalam Malindo dengan PT Lion Grup memegang ekuiti selebihnya.

Malaysia mempunyai 1,174 juruterbang menganggur, yang mana kebanyakan mereka tidak dapat membayar balik pinjaman bank bagi mendapatkan lesen juruterbang komersial yang menelan kos purata RM250,000.

Malindo telah memberikan mereka sinar harapan. Chandran berkata: "Dalam mengembangkan syarikat, kami akan memerlukan lebih ramai juruterbang. Kami telah membeli lebih 300 pesawat baru sebagai tambahan kepada 75 yang sedia ada. Kami mempunyai keupayaan mengambil lebih ramai juruterbang tetapi ia harus dilakukan secara berperingkat.

"Kami mampu membawa masuk lebih ramai juruterbang dari masa ke semasa kerana Lion Air kini menggaji juruterbang dari Eropah dan memandangkan Malaysia mempunyai ramai juruterbang yang masih belum bekerja kita boleh memasukkan mereka ke sini," Chandran menambah.

Lebih 3,000 hadir ke temuduga terbuka pada Khamis untuk jawatan juruterbang, krew kabin, jurutera dan staf sokongan.

Chandran berkata: "Kami sedang membina sebuah syarikat penerbangan yang akan mempunyai 100 pesawat dalam tempoh 10 tahun. Dalam tempoh lima tahun, kita akan menawarkan 5,000 peluang pekerjaan."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan