Selangor Tunggu Penjelasan Mengenai AES

Diterbitkan: Khamis, 1 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Khamis berkata, kerajaan negeri tidak akan membuat sebarang keputusan berhubung Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga mendapat penjelasan daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya.

Baru-baru ini empat negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan AES yang akan merakam gambar pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas.

"Selangor ada beberapa cadangan buat mereka (dua syarikat konsesi) untuk diteliti jika kami bersetuju dengan pelaksanaannya, bagi menunjukkan projek itu lebih adil bagi kedua belah pihak," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran sebuah buku di sini, Khamis.

Abdul Khalid berkata, sistem itu sepatutnya boleh memantau pengguna jalan raya dalam keadaan yang lebih adil dan hasil yang dikutip daripada saman had laju digunakan untuk memperbaiki sistem trafik dan keadaan pemanduan di Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan