MP Segambut Fail Notis Minta Parlimen Bincang Usul Laman Web Tawhed.net

Diterbitkan: Khamis, 1 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pada Khamis memfailkan usul menggesa Parlimen membincangkan mengenai kewujudan operasi blog rasmi kumpulan militan, al-Qaeda, 'Tawhed.net'.

Notis usul tersebut dihantar kepada pejabat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen petang Khamis.

Lim yang juga wakil rakyat DAP berkata memfailkan notis itu di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu yang mempunyai kepentingan orang ramai perlu disegerakan.

"Bahawa Dewan mengizinkan untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan iaitu kegagalan kerajaan Malaysia untuk mengesan kewujudan operasi blog 'Tawhed.net' di Malaysia, iaitu blog rasmi kumpulan militan, al-Qaeda," menurut notis tersebut.

Dalam laporan eksklusif, The Star pada Khamis mendakwa kumpulan pengganas antarabangsa, al-Qaeda, telah membuka laman blog rasmi mereka, 'Tawhed. net' di Malaysia untuk menarik pengikut daripada seluruh dunia, menghantar mesej, berinteraksi dan mengajar cara-cara berjihad menggunakan keganasan.

Operasi blog itu hanya dihentikan selepas laporan eksklusif The Star itu.

Lim berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim harus memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat mengenai tahap ancaman yang dibawa oleh 'Tawhed.net' kepada keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, beliau meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung kegagalan mengesan kewujudan blog itu serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin perkara ini tidak akan berulang lagi.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan