Kumpulan Pertama 317 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba

Diterbitkan: Khamis, 1 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kumpulan pertama 317 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini jam 9.21 malam Khamis.

Kumpulan tersebut tiba menaiki pesawat SV5410 Saudi Airlines setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi jam 7 pagi Khamis waktu Arab Saudi.

Ketibaan mereka turut disambut ahli keluarga dan kenalan rapat yang berada balai ketibaan lapangan terbang seawal 8.00 malam.

Mereka kelihatan tidak dapat menahan air mata kegembiraan sejurus melihat dan memeluk ahli keluarga dan kenalan rapat masing-masing yang selamat tiba selepas menunaikan rukun Islam kelima itu.

Salah seorang jemaah Nor Haisimah Moeid, 52, berkata beliau bersyukur dapat menjejakkan kaki semula di tanah air dan bertemu kembali dengan ahli keluarga dan sanak-saudara yang menyambut kepulangannya.

Berkerusi roda ketika tiba, Nor Haisimah berkata, kesakitan di kaki kirinya semakin serius akibat bersesak-sesak semasa dalam perjalanan pulang.

"Tetapi alhamdulillah semasa menunaikan haji semuanya berjalan lancar dan saya dapat menunaikan kesemua ibadah.

"Jika ada peluang, saya ingin ke sana lagi dengan membawa semua anak-anak sekali," katanya.

Mohd Asyraf Sulaiman, 19, berkata beliau bersyukur dapat menjadi tetamu Allah pada usia yang muda.

"Saya juga bersyukur dapat menunaikan haji bersama keluarga, dan perjalanan menunaikan haji ini berjalan lancar walaupun keadaan agak sesak," katanya yang menunaikan haji bersama ayah Sulaiman Bakar, 62, dan ibu Maznah Kasi, 54.

Kira-kira 28,000 jemaah haji Malaysia tahun ini akan pulang ke tanah air secara berperingkat dengan penerbangan terakhir dijadualkan 28 November.

Penerbangan terus ke Johor Baharu akan bermula pada 3 November ini, Pulau Pinang 12 Nov, Kuala Terengganu 12 Nov, Kuching 13 Nov dan Kota Kinabalu 15 November. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan