Dua Rakyat Malaysia Disyaki Pengganas Mengaku Tidak Bersalah

Diterbitkan: Khamis, 1 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan al-Qaeda mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan mereka dibacakan di tribunal tentera di Beirut pada awal Rabu.

Sumber di Beirut berkata, kedua-dua Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, dan Razif Mohd Ariff, 30 tampil secara berasingan dan bacaan pertuduhan dan persoalan oleh Hakim Maroun Zakhour.

“Mereka didakwa menjadi anggota kepada pertubuhan bersenjata, dengan niat menjalankan misi jihad di Syria,” sumber memberitahu The Star.

Kedua-dua Muhamad Razin dan Razif kemudiannya mengaku tidak bersalah. Mereka diwakili peguam Marwan Sinno.

Menurut peguam mereka, kedua-duanya boleh berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah.

Sumber itu berkata, laporan interim telah dihantar kepada Kementerian Luar Negeri.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan