Blogger Seks Alvin Tan Mohon Maaf Kepada NUS

Diterbitkan: Khamis, 1 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alvin Tan sejurus keluar dari dewan universiti NUS selepas sesi pendengaran tatatertib. Foto ABDUL RAHMAN EMBONG
Alvin Tan sejurus keluar dari dewan universiti NUS selepas sesi pendengaran tatatertib. Foto ABDUL RAHMAN EMBONG

SINGAPURA: Blogger seks, Alvin Tan memohon maaf kepada National University of Singapore (NUS) kerana membawa “nama buruk” kepada universiti itu.

The Strait Times memetik Tan sebagai berkata perbicaraan tatatertib NUS berhubung blognya bahawa dia melakukannya atas “masa peribadinya sendiri sebagai individu perseorangan dan bukan sebagai penuntut NUS.”

“Apa yang saya buat adalah jenayah tanpa mangsa. Tiada siapa yang benar-benar dicederakan atau disakiti atas tindakan ini," katanya kepada laman web The Strait Times.

Tan, keluar dari dewan universiti NUS kira-kira pukul 3.50 petang pada Rabu selepas sesi pendengaran selama 90 minit.

Dia kelihatan tenang dan dengan terbuka bercakap kepada media yang menemuinya.

Tan berkata, belum terdapat sebarang keputusan dari sesi yang dijalankan oleh lima ahli lembaga universiti.

“Mereka memberitahu saya akan mengetahuinya dalam tempoh tujuh hari. Suasana pendengaran itu begitu serius,” katanya.

Terdahulu, penuntut jurusan undang-undang itu tiba di NUS pada kira-kira pukul 2.20 petang tanpa ditemani teman wanitanya, Vivian Lee, 23.

Tan, yang merupakan pemegang biasiswa hadir berpakaian kasual dengan kemeja-T merah, seluar jeans dan topi gaya ‘beanie’ yang berwarna-warni, di mana dia pernah memakainya dalam salah satu rakaman video.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan