Taufan Sandy Tidak Beri Kesan Besar Terhadap Agensi Pengembaraan Tempatan

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agensi-agensi pengembaraan tempatan tidak nampak sebarang kesan besar ke atas perniagaan mereka berikutan bencana taufan Sandy yang merosakkan sebahagian besar kawasan pantai timur Amerika Syarikat.

Naib Presiden Pengembaraan Luar Negara, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Jeffri Sulaiman berkata, Amerika Syarikat bukanlah destinasi utama bagi ahli persatuannya, oleh itu kesan taufan tersebut adalah minimum.

"Setakat ini, kami belum lagi dimaklumkan ahli-ahli persatuan kami berhubung sebarang pembatalan atau penangguhan perjalanan ke New York atau sebaliknya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Rabu.

Jurucakap Mayflower Acme Tours Sdn Bhd berkata tidak ada individu atau lawatan secara berkumpulan yang diatur oleh syarikat itu ke Amerika yang terjejas sejak minggu lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata, buat masa sekarang Mayflower sedang mengatur satu kumpulan pelancong ke Amerika, membabitkan sebuah syarikat, yang dijadual bermula pada 8 Nov ini. Sehingga sekarang belum menerima sebarang notis pembatalan lawatan tersebut.

Dalam pada itu, Holiday Tours and Travel menasihatkan pelanggannya supaya membeli insurans sebagai perlindungan terhadap penerbangan atau pembatalan jadual perjalanan mereka.

Sebuah agensi pengembaraan di Jalan Ipoh di sini berkata pihaknya sudah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada mereka yang akan membuat perjalanan ke destinasi-destinasi yang terjejas dengan taufan Sandy.

"Ini dapat membantu kami untuk memaklumkan mereka berhubung sebarang potensi pembatalan dan memaklumkan mereka mengenai perkembangan keadaan terkini," kata syarikat itu menerusi laman Facebook kepada Bernama.

Sementara itu, Malaysia Airlines memaklumkan, penerbangan pesawatnya bagi laluan Kuala Lumpur-Taipei-Los Angeles, tidak terjejas dengan taufan Sandy. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan