Suspek Pengganas: PDRM Tunggu Laporan Lubnan - Berita Semasa | mStar

Suspek Pengganas: PDRM Tunggu Laporan Lubnan

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa Lubnan berhubung penahanan dua rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dengan rangkaian militan al-Qaeda, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kita sedang tunggu laporan daripada pihak berkuasa Lubnan. Kita belum tahu punca dia ditangkap, kita tak tahu apa sebab dia ditahan," katanya kepada pemberita selepas melawat Lans Koperal Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan yang parah ditembak, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas penahanan Rafik Mohammed Ariffin, 28, dan Mohammed Razin Shaaban, 21, oleh pihak berkuasa Lubnan di sebuah hotel di Beirut minggu lepas kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.

Kes dua lelaki itu akan didengar semula di Tribunal Tentera di Beirut esok setelah mereka diarah oleh hakim untuk mendapatkan peguam.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata Ops Wawasan masih lagi di bawah bidang kuasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun ada anggota daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) turut ditugaskan untuk mengawal sempadan.

Beliau berkata pihaknya juga berbincang dengan ATM untuk menyerahkan semula kawasan Ops Nyah di kawasan pantai kerana ingin memberi fokus kepada mengurangkan jenayah di enam kawasan panas di bandar-bandar. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan