Sebahagian Jalan Kuching, Jalan Duta Ditutup Mulai Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebahagian Jalan Kuching dan Jalan Duta ditutup untuk kerja-kerja pembinaan, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dalam satu kenyataan di sini berkata, lorong laju daripada Jalan Kuching akan ditutup secara berperingkat mulai hari ini (Rabu) hingga 14 Mei tahun depan untuk kerja pembinaan bebendul jalan tiga tingkat di sepanjang jalan itu.

Manakala sebahagian Jalan Duta akan turut ditutup secara berperingkat untuk tujuan yang sama mulai esok (Jumaat) hingga 19 Jun tahun depan.

"Kedua-dua jalan akan ditutup dari 9.30 pagi hingga 4 petang (peringkat pertama) dan 9 malam hingga 5 pagi (peringkat kedua)," menurut DBKL.

DBKL meminta pengguna kedua-dua jalan itu supaya berhati-hati dan mematuhi papan tanda lalu lintas semasa kerja pembinaan dijalankan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan