PM Ke Penempatan Nelayan Tanjung Dawai

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Orang ramai menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau membuat lawatan ke Tanjung Dawai, Kedah. -fotoBERNAMA
Orang ramai menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau membuat lawatan ke Tanjung Dawai, Kedah. -fotoBERNAMA

SUNGAI PETANI: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekan Tanjung Dawai, sebuah penempatan nelayan, dekat sini, kira-kira pukul 9.55 pagi dalam rangka lawatan sehari ke Kedah, Rabu.

Ketibaan perdana menteri disambut lebih 2,000 orang penduduk Tanjung Dawai, murid-murid sekolah dan nelayan, diketuai Ketua Umno Bahagian Merbok merangkap penyelaras kawasan Parlimen Merbok Datuk Tajul Urus Md Zin dan anggota-anggota parti komponen Barisan Nasional(BN).

Turut menyambut beliau ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Wira Mohd Johari Baharom dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Sebaik tiba, Najib mengadakan walkabout mendekati penduduk sekitar pekan Tanjung Dawai serta beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga tempatan.

Perdana menteri kemudian menziarahi keluarga Kong Ah Mooi, 88, seorang peniaga di pekan Tanjung Dawai yang meninggal dunia Isnin lepas.

Beliau kemudian bersarapan bersama orang ramai di gerai Arked Mara Tanjung Dawai.

Perdana menteri dihidangkan dengan makanan tempatan iaitu peknga (lempeng daripada tepung dan kelapa), gedung chak (diperbuat daripada tepung pulut dan kelapa) pulut inti dan gula hangus.

Semua makanan itu disediakan oleh chef Mohd Shaifuddin Rosli dari Giat Mara Merbok.

Perdana menteri kemudian berlepas ke Pantai Merdeka untuk merasmikan program Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah dengan menaiki bot Polis Marin dari jeti Tanjung Dawai dengan diiringi hampir 40 buah bot nelayan.

Pada petang ini, beliau dijadual menghadiri majlis pelancaran penjenamaan dan pemasaran baharu Langkawi dan majlis bersama rakyat Pulau Tuba, perasmian Klinik Rakyat 1Malaysia dan melawat Sub Station Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Langkawi sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan