Pengambilan Pekerja Asing Perlu Ikut Prosedur

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,876 daripada 10,353 permohonan pekerja asing telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia setakat 30 September lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata jumlah tersebut melibatkan pengambilan 203,625 orang pekerja asing.

"Pengambilan pekerja asing ini masih terkawal dan Jabatan Tenaga Kerja memantau dan membuat pemeriksaan mengenai keperluan tenaga kerja asing ini.

"Kementerian mempunyai proses dan prosedur yang ditetapkan. Kita juga bertanggungjawab untuk memastikan kekosongan dibuka kepada pekerja tempatan terlebih dahulu dan majikan perlu membuat iklan jawatan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

Maznah berkata sekiranya tiada permohonan daripada pekerja tempatan barulah Jabatan Tenaga Kerja akan membuka permohonan dan penawaran itu kepada pekerja asing.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang meminta kementerian menjelaskan punca pengangguran pekerja tempatan adalah disebabkan oleh kehadiran pekerja asing.

Menurutnya, pengambilan pekerja asing adalah mengikut kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing.

"Bagi membantu rakyat tempatan mendapat kerja satu pusat sehenti telah diwujudkan dengan kerjasama agensi kerajaan dan portal mencari pekerjaan serta penganjuran karnival pekerjaan di seluruh negara.

"Pada tahun ini sahaja 167,334 pekerja termasuk 40,000 siswazah berjaya mendapat pekerjaan hasil daripada penganjuran karnival pekerjaan yang dianjurkan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan