Malaysia Bukan Transit Pengganas - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia bukan negara transit bagi pengganas, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ancaman keganasan menjadi ancaman utama negara.

"Pengganas ini bergerak bukan sahaja di Malaysia tapi ke negara-negara Timur Tengah.

"Mereka boleh direkrut di mana-mana sahaja, kesan daripada globalisasi dan teknologi pada hari ini. Ingin kita tegaskan Malaysia bukan sarang dan transit pengganas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengenai Jenayah fasa dua di Bangunan Parlimen pada Rabu.

Hishammuddin bagaimanapun menegaskan rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan isu tersebut kerana akta baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mempunyai peruntukan untuk membendung aktiviti pengganas.

"Tiada siapa menyokong tindakan keganasan dan militan seperti ini.

"Justeru kerjasama dengan agensi perisikan antarabangsa dari Amerika Syarikat, Britain, India, Pakistan dan China amat penting dalam membanteras aktiviti keganasan ini," katanya.

Jelasnya, perancangan agensi perisikan antarabangsa ini bukan memperlihatkan Malaysia sebagai sasaran.

"Ia lebih menumpukan kepada kaitan rakyat Malaysia dengan pengganas Taliban di Timur Tengah. Ia perlu pantau dengan lebih serius, tidak terhad kepada Malaysia sahaja.

"Berdasarkan maklumat yang kita ada ramai yang kita dapati terlibat dengan aktiviti keganasan ini namun kita tidak boleh umumkan kepada rakyat kerana pengganas ini akan memudahkan mereka menukar modus operandi," katanya.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata apa yang dibimbangkan adalah penglibatan pengganas ini dengan jenayah seperti penyeludupan dadah, penggubahan wang haram dan pemerdagangan manusia.

"Kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya mereka menjadi ancaman kepada negara. Kita juga cuba membendung penglibatan pengganas ini dengan kumpulan militan di luar negara.

"Jadi kerjasama dengan agensi perisikan antarabangsa ini penting, perkongsian maklumat juga dalam jaringan kerjasama pintar bagi membendung aktiviti keganasan di seluruh dunia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin berkata penahanan dua rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dengan kumpulan militan al-Qaeda, Kementerian Dalam Negeri sudah mengetahuinya sejak setahun yang lalu.

"Mereka berada di bawah pemantauan dan maklumat risikan kita sejak setahun yang lalu. Namun kita tidak boleh umumkannya terlalu awal kerana kita perlu mengumpulkan maklumat yang mencukupi.

"Masa untuk umumkan ini bergantung kepada bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa," katanya.

Ditanya mengenai jumlah pengganas yang telah dikenalpasti oleh KDN HIshammuddin berkata ia tidak boleh diumumkan bagi mengelakkan kebimbangan rakyat.

Sebaliknya beliau menegaskan maklumat itu hanya boleh dikongsi bersama agensi perisikan antarabangsa bagi memudahkan kerjasama membendung aktiviti keganasan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan