Makmal Bincang Isu Air Selangor Akan Ditubuh - Berita Semasa | mStar

Makmal Bincang Isu Air Selangor Akan Ditubuh

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mencadangkan penubuhan makmal bagi menyelesaikan isu air di Selangor pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata kementerian akan meminta penyertaan wakil kerajaan negeri Selangor untuk hadir dalam makmal yang akan dikendalikan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Pihak ketiga seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar dalam bidang berkaitan juga dijemput menyertai perbincangan dalam makmal itu, katanya.

"Saya akan minta kerajaan negeri Selangor hadir bersama pihak-pihak yang berkepentingan untuk bincang fakta ini sama ada Selangor mempunyai sumber air mentah yang mencukupi atau tidak.

"Jika tidak cukup kita akan rancang bagaimana kita boleh tambah sumber air mentah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada sidang Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Terdahulu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mempersoalkan rasional pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 berikutan pihaknya yakin ia bukan keperluan yang mendesak kerana angka-angka membuktikan bahawa air mentah di Selangor mencukupi untuk dirawat bagi memenuhi permintaan pada hari ini.

Chin berkata menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kapasiti simpanan air sehingga 22 Oktober lepas ialah 0.97 peratus yang disifatkan sebagai rendah.

"Itulah angka yang kita ada, ini bukan daripada saya, tetapi daripada SPAN, kalau kita hadapi kapasiti yang 'nipis' seperti itu, satu peratus pun tidak ada, apa sebabnya kita tidak teruskan dengan Langat 2," katanya.

Chin berkata sekiranya kerajaan negeri Selangor boleh sepakat dan bersetuju berhubung perkara itu, kementerian boleh meneruskan projek Langat 2 demi masa depan negara dan rakyat.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang bangun mencelah berkata air merupakan masalah negara dan bukanlah masalah bagi penduduk di Selangor sahaja kerana di situlah terletaknya industri dan ekonomi negara.

"Ini bukan soal nak gubal formula baru, air masalah kita semua...kita harus merancang untuk masa depan negara kita," katanya.

Persidangan dewan disambung esok. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan