Dakwaan Penyelewengan Kerajaan Kedah: Azizan Sedia Disiasat SPRM

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri Kedah tidak akan melayan sebarang tuntutan, desakan atau komen parti komponan Barisan Nasional (BN) berhubung dakwaan penyelewengan kerajaan negeri.

"Saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak akan membela pegawai atau siapa sahaja yang terlibat dengan rasuah. Saya tidak akan bersama-sama dengan orang tidak betul malah saya sedia disiasat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, Rabu.

Antara isu dibangkitkan ialah penyelewengan wang projek perumahan kos rendah sebanyak RM2.55juta oleh Bahagian Perumahan Negeri dan pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) dalam projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea (PNG) mengakibatkan kerugian RM31.21 juta berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2011.

Sebaliknya, Azizan mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung beban hutang selepas mengambil alih Kedah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau enggan menjawab berhubung tindakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya semalam berhubung projek pembalakan dan perladangan di PNG oleh KCB. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan