Bekas Presiden MCA Tan Koon Swan Bakal Terima 'Anugerah Sepanjang Hayat'

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA Tan Koon Swan akan dianugerahkan 'Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat' di atas sumbangan beliau dalam bidang politik dan perniagaan.

Institut Kepimpinan & Strategi Asia (Asli) akan memberikan anugerah itu kepada Tan semasa Forum Ekonomi Cina Dunia ke-4 yang diadakan di Melbourne, Australia dari 12 - 13 November.

Tan dan dua rakyat Malaysia lain - Pengerusi Eksekutif Star Publications (M) Bhd Datuk Vincent Lee dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Bhd Tan Sri Liew Kee Sin adalah antara lapan penerima anugerah itu.

Dalam ucapan tahniah kepada Tan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau adalah seorang tokoh korporat yang terkenal sebelum menjadi Presiden MCA.

"Peristiwa yang berlaku dan masa telah membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Beliau telah melalui tempoh yang sukar dan dia berhak mendapat anugerah ini," kata Dr Chua pada sidang akhbar Rabu.

Tan adalah presiden MCA dari November 1985 sehingga September 1986.

Pada tahun 1985, Jabatan Hal Ehwal KOmersial Singapura (CAD) mendakwa Tan, yang menghadapi 15 pertuduhan, termasuk jenayah pecah amanah dan manipulasi saham, berikutan kejatuhan Pan-El Industries, yang menghentikan sementara bursa saham Malaysia dan Singapura.

Tan, yang mempunyai kepentingan dalam Pan-El, mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan didenda RM2.5 juta. Beliau kemudian meletakkan jawatan sebagai presiden MCA.

Glenn Knight, pengarah CAD yang mendakwa Tan, kemudiannya, dalam bukunya Glenn Knight: The Prosecutor yang dilancarkan baru-baru ini memohon maaf kepada Tan terhadap pendakwaan yang salah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan