Aset Komersil PKNS Akan Dipindah Milik

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aset-aset komersil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), akan dipindah milik kepada anak syarikat milik penuhnya, Private Real Estate Company (PREC), bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan aset supaya lebih berkesan.

PKNS dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan aset-aset komersil itu ialah Kompleks PKNS, Shah Alam; Kompleks PKNS, Bangi; SACC Mall, Shah Alam; Wisma Yakin, Kuala Lumpur dan Menara PKNS, Petaling Jaya.

"Salah satu inisiatif korporat yang dilaksanakan oleh PKNS ialah menerusi pelaburan dan pengurusan hartanah secara lebih efektif dan efisyen.

"Sejak tahun 2008, sebanyak 82 peratus daripada para peniaga yang menyewa ruang niaga di aset-aset milik PKNS terdiri daripada usahawan Melayu dan Bumiputera," kata PKNS.

Ia berkata kerja-kerja penambahbaikan kemudahan di dalam bangunan seperti tandas, eskalator, lif, papan tanda, tempat letak kereta dan lain-lain yang telah dijalankan sejak Oktober 2011, dijangka siap pada Mac 2013.

PREC akan menaik taraf bangunan secara berterusan bagi meningkatkan nilai aset-aset tersebut. Kiosk-kiosk perniagaan baharu juga akan turut diwujudkan untuk disewakan kepada peniaga Melayu dan Bumiputera, khususnya.

PREC dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS juga akan menambah ruang-ruang tapak niaga di aset-aset ini bagi usahawan Melayu dan Bumiputera menjual produk keluaran masing-masing.

Sejak tahun 2008, lebih daripada 6,000 usahawan Bumiputera memperoleh manfaat menerusi program pembangunan usahawan PKNS. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan