Rakyat Malaysia Yang Disyaki Pengganas Bukan Anak Peneroka - Isa Samad - Berita Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Yang Disyaki Pengganas Bukan Anak Peneroka - Isa Samad

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata seorang daripada rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan, Khamis lepas yang disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas al-Qaeda, bukan anak peneroka seperti dakwaan sesetengah pihak.

Beliau berkata Mohammed Razin Shaaban, 28, adalah anak petugas Felda dan pernah belajar di Kolej Yayasan Felda di Trolak, Perak.

"Memang dia pernah belajar di situ tetapi tidak menamatkan pengajian. Dia hanya sempat belajar 10 bulan saja sebelum mengambil keputusan berhenti.

"Bapanya memaklumkan kepada kita bahawa anaknya mendapat tawaran kerja di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Melaka dan mengambil keputusan untuk berhenti belajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Transformasi Komuniti di Felda Bukit Goh, di sini, Isnin.

Media sebelum ini melaporkan Rafik Mohammed Aaref, 21, dan Mohammed Razin dipercayai dilatih menjadi pengebom berani mati, ditahan pihak berkuasa Lubnan di Beirut pada Khamis lepas.

Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, berkata kedua-duanya sudah dihadapkan ke Mahkamah Tentera di Beirut pada 25 Okt lepas.

Anifah berkata Malaysia tidak menyokong sebarang fahaman radikal yang boleh menjejaskan keselamatan sesebuah negara serta rakyatnya dan dalam hal ini, Malaysia menghormati sepenuhnya undang-undang Lubnan.

Mengenai perbicaraan itu, Mohd Isa berkata: "Kita tengok dulu keputusan perbicaraannya dan lihat apa yang boleh kita (Felda) bantu,". BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan