Persidangan Umno 2012 Jadi Tumpuan Luar Biasa Menjelang PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan berlangsung bulan depan dijangka menarik tumpuan luar biasa berikutan bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Seramai 2,674 anggota perwakilan akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 26 Nov hingga 1 Dis ini, yang antara lain untuk mendengar amanat akhir pucuk pimpinan parti sebelum gendang pilihan raya dipalu.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata perhimpunan kali ini dijangka mendapat liputan meluas media massa dengan kira-kira 2,000 pengamal media dari dalam dan luar negara meletakkan fokus pada perhimpunan parti dominan Melayu itu.

"Tahun lepas seramai 1,700 wakil media dari dalam dan luar negara telah membuat liputan sepanjang perhimpunan dan tahun ini kita jangka kira-kira 2,000 orang dari kalangan media akan terlibat," katanya pada Mesyuarat Penyelarasan Media sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC di sini, Isnin.

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan Seminar Penerangan Perdana pada 24 Nov yang akan dirasmikan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti Forum Antarabangsa Ketiga pada 26 hingga 27 Nov yang bakal dihadiri perwakilan dari 27 negara termasuk dari rantau Asean, Asia, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Palestin.

"Jumlah penyertaan antarabangsa bagi forum ini merupakan pengiktirafan pada pucuk pimpinan parti," kata Abdul Rauf.

Majlis Taklimat Presiden pada 27 Nov yang akan diadakan secara tertutup antara yang dinantikan anggota perwakilan apabila Najib dijangka memberi amanat kepada jentera perang Umno yang bakal menuju 'ibu segala pilihan raya' tidak lama lagi.

Pada hari sama, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 akan diadakan di Dewan Merdeka, sebelum Perhimpunan Agung bagi ketiga-tiga sayap parti itu, pada keesokannya.

Perhimpunan Agung Umno 2012 dimulakan secara rasmi pada 29 Nov dan berlangsung sehingga 1 Dis dengan pelbagai isu politik, ekonomi, pendidikan dan agama dijangka dikupas para anggota perwakilan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan