Pembatalan Status Hutan Simpan N.Sembilan, PKR Akan Buat Laporan Polis – Rafizi

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata parti itu akan membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan berhubung tindakan Kerajaan Negeri Sembilan membatalkan status hutan simpan kekal di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan, Johol.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa, tindakan itu tidak sah dari segi undang-undang kerana ia melanggar Akta Perancang Bandar dan Desa 1976.

Menurutnya, sehingga kini Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, masih belum memberikan sebarang jawapan berhubung pendedahan yang dibuat oleh PKR minggu lalu.

"Kami (PKR) akan membuat laporan polis di Seremban pada Khamis ini, agar satu siasatan dapat dijalankan.

"Tindakan yang dilakukan oleh Mohamad mengenai penggantian hutan simpan juga bertujuan untuk cuba menyembunyikan perkara sebenar," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Khamis lalu, Mohamad menjelaskan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Kerajaan Negeri memberi hak milik tanah hutan kepada orang lain adalah tidak berasas.

Beliau memberitahu sejak pentadbirannya, semua tanah hutan simpan yang dikeluarkan adalah di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan tidak pernah diberikan kepada mana-mana pihak luar.

Mohd Rafizi turut mendakwa, hasil dari siasatan yang dijalankan mendapati Kerajaan Negeri mempunyai rekod terburuk dalam penggantian hutan.

Katanya, ini dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri menerima teguran dalam Laporan Audit 2010 berkaitan perkara tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan