Muhyiddin Umum Peruntukan RM3 Juta Untuk Infrastruktur Di Labuan

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman beramah mesra dengan penduduk Labuan ketika menghadiri majlis Mesra Rakyat Timbalan Perdana Menteri di Dewan Arena Perumahan Kakitangan Awam Bukit Kuda di Labuan. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman beramah mesra dengan penduduk Labuan ketika menghadiri majlis Mesra Rakyat Timbalan Perdana Menteri di Dewan Arena Perumahan Kakitangan Awam Bukit Kuda di Labuan. -fotoBERNAMA

LABUAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengumumkan peruntukan lebih RM3 juta untuk pembangunan pelbagai projek kecil dan menaik taraf infrastruktur di Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi pelbagai projek kecil manakala sebanyak RM400,000 lagi bagi menaik taraf jalan raya, jambatan dan membaik pulih sekolah.

Selain itu, Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan membina 1,000 unit rumah mampu milik bagi memberi kemudahan kepada golongan berpendapatan sederhana, katanya ketika berucap pada majlis mesra rakyat di Dewan Arena Perumahan Kakitangan Awam Bukit Kuda di sini Selasa.

Muhyiddin berkata Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menerusi Menterinya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan mencari tapak yang sesuai untuk membina rumah itu.

"Saya sudah sampai Labuan, saya tidak ingat berapa kali dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun sudah sampai dan kita tidak payah tunggu pilihan raya (beri peruntukan)...setiap kali sampai, kita ada 'special present' (hadiah istimewa) untuk orangLabuan,"katanya.

Majlis yang dimeriahkan kira-kira 10,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat itu turut dihadiri isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Raja Nong Chik dan anggota Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal.

Terdahulu, Raja Nong Chik berkata kerajaan masih mengkaji untuk mencari jalan memendekkan tempoh perjalanan antara Menumbok ke Pulau Labuan yang kini menggunakan perkhidmatan feri.

"Masih dalam kajian, BN (Barisan Nasional) tidak pernah janji hendak bina jambatan, tetapi membuat penilaian dan kajian yang teliti agar tidak membebankan rakyat dan membebankan kewangan negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan