K'jaan N.Sembilan Mahu Isu NFC Diselesai Segera Kerana Isu Tunggakan Pajakan Tanah Telah Tertunggak

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mahukan isu yang menyelubungi Pusat Fidlot Kebangsaan diselesaikan dengan segera memandangkan syarikat yang dipertanggungjawab untuk menguruskannya telah gagal untuk melunaskan tunggakan perjanjian sewa tanah selama setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Perbadanan Fitlot Kebangsaan yang telah diberikan pajakan untuk menguruskan tanah seluas 600 hektar di Gemas, masih belum melunaskan RM200,000 kepada kerajaan negeri.

“Projek Pusat Fidlot Kebangsaan itu sebenarnya adalah satu projek yang berdaya maju. Kami hanya berharap kerajaan persekutuan akan dapat menyelesaikan isu projek tersebut secepat mungkin agar kami dapat mengutip semula sewa pajakan tanah tersebut,” katanya.

Mohamad berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Indusrtri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa kerajaan pusat komited dalam usahanya untuk memperolehi semula pelaburan RM250 juta yang dibuat ke atas projek berkenaan.

Noh dilaporkan berkata bahawa pihaknya sekarang dalam rundingan dengan beberapa buah syarikat lain untuk mengambil alih pengurusan projek berkenaan bagi membolehkan bekalan daging lembu tempatan dapat diusahakan dengan jaya.

Mohamad berkata, kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan projek tersebut dalam berjalan dengan sempurna.

“Tetapi jika sewa pajakan tidak dilangsaikan, ia boleh mencetuskan masalah kepada semua pihak apatah lagi perjanjian tersebut boleh terbatal jika syarat-syarat yang terkandung di dalamnya tidak ditunaikan,” ujar beliau lagi.

Kerajaan negeri katanya sangat prihatin dengan projek ini kerana idea asal untuk membentuk lembah daging seluas 2,000 hektar adalah hasil idea negeri sebelum kerajaan pusat melancarkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan