Taufan Sandy: Rakyat Malaysia Di Pantai Timur AS Dinasihat Lindung Diri

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Rakyat Malaysia yang tinggal di pantai timur Amerika Syarikat dinasihati agar mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan untuk melindungi diri dan dan keluarga mereka dari Taufan Sandy.

Konsul Jeneral Malaysia di New York, Syed Bakri Syed Mohammed Bakri berkata pihaknya sentiasa bersedia menawarkan bantuan kepada rakyat Malaysia sekiranya mereka memerlukannya.

Beliau meminta rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka yang menurut pakar Amerika taufan tersebut dijangka bakal mendatangkan kemusnahan besar kepada harta benda, pokok, bekalan elektrik dan perkhidmatan lain.

"Walaupun ia merupakan tanggungjawab persendirian, kami gembira untuk membantu mana yang boleh. Kami juga sentiasa menghubungi pemimpin masyarakat rakyat Malaysia untuk mendapat maklumat terbaharu mengenai rakyat Malaysia di samping untuk memberitahu perkembangan terbaharu kepada mereka," kata Syed Bakri kepada Bernama pada Ahad.

Beliau berkata pejabatnya juga sentiasa menghubungi pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk mendapat maklumat terbaharu.

Terdapat kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berdaftar yang tinggal di bawah bidang kuasa konsul jeneral berkenaan di New York. Namun katanya oleh kerana ia tidak menjadi mandatori untuk rakyat Malaysia mendaftar, tidak semua yang berbuat demikian.

Syed Bakri berkata menurut anggaran beliau, terdapat antara 20,000 hingga 20,000 rakyat Malaysia yang tinggal di bawah bidang kuasa konsul berkenaan.

Taufan tersebut dilapor menuju ke utara dari Caribbean pada Sabtu dan dijangka beralih ke wilayah timur Amerika Syarikat.

Ia telah menyebabkan 58 kematian di seluruh Caribbean dan memusnahkan ribuan rumah, menumbangkan pokok dan mengganggu talian bekalan.

Ahli metereologi berkata taufan itu mungkin lebih lebar dan kuat dari taufan Irene yang menyebabkan kerosakan bernilai lebih US$15 bilion apabila ia berlaku pada Ogos 2011, yang disifat paling buruk yang pernah melanda pantai timur.

Beberapa negeri termasuk New York, New Jersey dan Connecticut telah mengisytihar keadaan darurat.

Banyak syarikat penerbangan telah mengumum penagguhan dan pembatalan penerbangan mereka dari dan ke pantai timur.

Tiga lapangan terbang utama iaitu JFK, LaGuardia dan Newark mengecualikan fi untuk penjadualan semula penerbangan kepada penumpang yang terkandas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan