Pelajar Kolej Terlibat Aktiviti Jihad

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mereka adalah pelajar kolej di bandar perladangan kelapa sawit di Trolak, Perak. Mereka kemudiannya bersahabat.

Pada tahun lepas, pelajar senior Mohammed Razin Shaaban, 28, merekrut pelajar berusia 21 tahun, Rafik Mohammed Aaref untuk misi jihad.

Razin, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pemimpin tertinggi al-Qaeda di Yaman, Jamal al-Badawi, bersama-sama Rafik ditahan di Lubnan kerana disyaki terbabit dengan kes pengeboman berani mati minggu lepas.

Mereka ditahan oleh tentera perisikan Lubnan atas tuduhan menjadi anggota al-Qaeda.

Sumber polis dari Malaysia berkata mereka telah mengesan pergerakan pelajar terbabit sejak awal tahun ini.

Mereka berkata Razin mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas semasa belajar di Pakistan pada tahun 2007.

"Dia telah ditangkap di Yaman pada tahun 2010 kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengganas.

"Bagaimanapun dia dibebaskan kerana kekurangan bukti dan pulang ke Malaysia," kata sumber.

Sumber itu berkata mereka berdua pada mulanya telah menetapkan Syria sebagai sasaran tetapi tidak dapat memasuki negara tersebut.

"Itulah sebabnya kenapa mereka pergi ke Lubnan dan tetapi sasaran mereka masih lagi Syria," kata sumber, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Malaysia telah bekerjasama dengan Lubnan berhubung pergerakan kedua-dua mereka.

Polis di sini masih mengumpul maklumat untuk menentukan jika terdapat mana-mana lagi pengganas wujud di Malaysia yang dikaitkan dengan dua suspek.

"Kami masih dalam proses pengumpulan maklumat dan tidak mahu memberi (maklumat) terlalu banyak kerana ini melibatkan keselamatan negara," kata sumber itu.

Menurut akhbar Lubnan al-Joumhouria, Razin dan Rafik ditahan di sebuah hotel di kejiranan Hamra di Beirut dan dirujuk kepada tribunal tentera.

Siasatan keselamatan Lubnan mendedahkan seorang lagi rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Mustapha Mansour telah merekrut salah seorang daripada mereka di Malaysia pada 2007.

Kedua-dua mereka kemudian pergi ke Yaman.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata Razin telah ditangkap pada tahun 2007 dan dihukum penjara ketika bertemu dengan Jamal yang dituduh terlibat dalam pengeboman tahun 2000 di Yemen.

Ia turut menambah, kira-kira dua bulan lalu, suspek cuba memasuki Syria melalui Turki untuk menjalankan serangan berani mati.

Serangan yang dirancang mereka telah diselaraskan bersama lelaki yang dikenal pasti sebagai "Abou Hassan", yang bertanggungjawab terhadap kemasukan semua anggota jihad ke Syria, menurut akhbar harian tersebut.

Apabila Razin dan Rafik gagal memasuki Syria, mereka memutuskan untuk pergi ke Lubnan dan sedang merancang untuk menghubungi individu di Lubnan untuk menyelaras serangan, katanya.

Akhbar Lubnan The Daily Star memberitahu The Star bahawa pasangan itu telah dipantau oleh perisikan tentera Lubnan sejak tiba di Lapangan Terbang Beirut.

Pasangan itu yang ditahan di penjara tentera.

Difahamkan keluarga Razin telah terbang ke Lubnan semalam selepas mendengar berita penangkapan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan