Muhyiddin Ucap Takziah Kepada Ibu Pelajar Maut Dalam Pergaduhan

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada ibu pelajar sekolah, K. Saravanan yang meninggal dunia selepas dipercayai ditumbuk dua pelajar dalam pergaduhan pada Rabu lepas.

Ucapan takziah tersebut disampaikan Setiausaha Politik Menteri Pelajaran itu, Datuk Mohd Nardin Awang yang menziarahi keluarga mendiang di Taman Rumbia Setia di sini, Ahad.

Mohd Nardin berkata Muhyiddin turut melahirkan rasa kesal dengan insiden tersebut dan memberi jaminan mereka yang terlibat dalam kejadian itu akan diambil tindakan mengikut undang-undang.

"Beliau (Muhyiddin) berharap keluarga mendiang bersabar dan dapat melalui situasi ini dengan baik," katanya kepada pemberita. Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi Muhyiddin kepada ibu Saravanan, N. Malar, 34.

Sementara itu, Mohd Nardin berkata ibu tunggal itu masih berada dalam keadaan tertekan selepas kehilangan satu-satunya anaknya. Katanya pekerja kilang itu juga memohon agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang, 24 Okt lepas, Saravanan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang maut dipercayai ditumbuk dua lagi pelajar dalam satu pergaduhan di perhentian bas Pulau Sebang dekat sini.

Kedua-dua pelajar terlibat telah ditahan polis pada 6 petang hari sama bagi membantu siasatan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan