Majikan Wajib Daftar Dengan JTK Sebelum Ambil Pekerja Asing

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,581,224 juta pekerja asing yang berdaftar direkodkan sehingga 31 Julai 2012.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman berkata jumlah tersebut adalah termasuk mereka yang memiliki pas lawatan kerja sementara.

"Adalah tidak benar untuk mengatakan pekerja asing ini melakukan jenayah ketika bekerja di sini. Namun kita tidak menafikan ramai yang telah ditahan dan dihantar pulang kerana memiliki pasport palsu atau melakukan kesalahan jenayah yang lain," katanya ketika menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) yang mahu kementerian menyatakan jumlah terkini pekerja asing yang berada di negara ini.

Ditanya mengenai kesan kebanjiran pekerja asing di negara ini Abu Seman berkata setiap majikan perlu mendaftarkan kekosongan jawatan mereka dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi membolehkan jawatan berkenaan diiklankan kepada pekerja tempatan terlebih dahulu.

"Selepas majikan mendaftar dengan JTK satu sijil 'jobs of hearing' akan dikeluarkan.

"Jawatan berkenaan akan diiklankan di laman web JTK dan dibuka kepada warga tempatan terlebih dahulu. Sekiranya tidak ada respons barulah kita akan buka kepada pekerja asing," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading).

Bagi mengelakkan kebanjiran pelajar asing dari Afrika pula Abu Seman berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Tinggi bagi memastikan visa dikeluarkan kepada mereka yang tidak memiliki rekod jenayah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan