Jabatan Kg Pulau Meranti Runtuh, Penduduk Dinasihati Cari Jalan Alternatif - Berita Semasa | mStar

Jabatan Kg Pulau Meranti Runtuh, Penduduk Dinasihati Cari Jalan Alternatif

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah jambatan di Sungai Rasau, Kampung Pulau Meranti dekat Putra Perdana, Puchong runtuh petang tadi menyebabkan laluan dari kampung itu ke

Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya terputus. Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata runtuhan jambatan itu mulai berlaku pada kira-kira 2 petang sebelum ia runtuh sepenuhnya tiga jam kemudian.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya sedang melakukan kerja pembaikan.

"Penduduk di kawasan kampung itu dinasihat menggunakan laluan alternatif Jalan Puchong-Putra Perdana-Cyberjaya," katanya kepada Bernama.

Zaldino juga berkata runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hakisan di sungai berhampiran.

Sementara itu, penduduk di sekitar Kampung Pulau Meranti terkejut dengan kejadian tersebut.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata ketika melalui jambatan itu pada kira-kira 1.30 petang tadi, beliau terasa kenderaannya 'terhayun'.

"Saya segera memaklumkan kejadian itu kepada Ketua Kampung tetapi ia runtuh setengah jam kemudian. Mujur ketika kejadian, tiada kenderaan yang lalu dan tiada orang cedera," katanya ketika ditemui di sini.

Hafiz berkata retakan dan lubang kecil mula dikesan pada jambatan itu enam bulan lepas namun tiada kerja baik pulih dilakukan. Saiful Wan Mohd Rosli, 40, pula berkata laluan itu juga sering digunakan lori dan treler yang berkemungkinan menyebabkan retakan.

"Saya menyedari retakan pada laluan ini semasa pulang dari solat Jumaat minggu lepas dan saya mendapati seperti ada lubang yang agak besar di bahagian bawah jambatan itu," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan