Hakim Di Negara Ini Bersifat 'Colour Blind' - Nazri

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap hakim di negara ini adalah bersifat 'colour blind' apabila mendengar sesuatu kes dan hanya mengambil kira fakta yang dikemukakan di hadapan mereka tanpa mengira siapa yang menghadapi pertuduhan.

"Tidak kira siapa yang dituduh atau yang didakwa, sama ada mereka orang besar atau orang kecil, orang putih atau hitam, itu tidak dipedulikan melainkan fakta di hadapan mereka," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini, yang ingin tahu mutu sistem kehakiman di negara ini termasuk dari segi pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Kepada soalan lain, Mohamed Nazri berkata kerajaan menggalakkan penyertaan individu daripada sektor swasta untuk berkhidmat sebagai hakim agar jawatan itu diisi oleh berbilang bangsa di semua peringkat mahkamah. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan