Kerajaan Johor Mula Edar Bekalan Makanan Persiapan Hadapi Banjir

Diterbitkan: Ahad, 28 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Kerajaan negeri Johor sudah mula menghantar stok bekalan makanan kepada penduduk di kawasan pulau dan pedalaman negeri ini yang sering terputus hubungan akibat banjir sebagai persiapan awal menghadapi musim tengkujuh.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata pihaknya sudah memilih kedai-kedai yang akan membekalkan makanan bagi memastikan penduduk terlibat dalam bencana alam itu tidak terputus bekalan.

"Kita telah mengenal pasti tempat dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir dan melengkapkan segala kemudahan logisitk supaya bantuan kepada mangsa banjir mudah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas majlis korban perdana Parlimen Ledang, di sini, Ahad. Abdul Ghani berkata kerajaan negeri telah menerima maklumat dari Jabatan Meteorologi mengenai ramalan kadar hujan turun di negeri ini yang dijangka lebih daripada paras biasa pada tahun ini.

Beliau berkata sehubungan itu pihaknya sedang menunggu laporan terkini mengenai ramalan cuaca dari jabatan berkenaan untuk dijadikan panduan.

Katanya, semua penduduk kawasan yang mudah dinaiki air dinasihatkan lebih berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan dan mereka perlulah segera berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa berbuat demikian.

Terdahulu sebanyak 31 daripada 43 ekor lembu yang diperuntukkan bagi program sempena Aidiladha telah disembelih di kawasan masjid.

Pada majlis itu, Abdul Ghani yang juga Ketua Umno Bahagian Ledang menerima sumbangan tujuh ekor lembu dan bayaran zakat berjumlah RM35,000 dari Bank SME untuk penduduk di lima kampung kawasan berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan