KDN Siasat Penglibatan Dua Rakyat Malaysia Dengan Al-Qaeda - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 28 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan siasatan terperinci mengenai dua rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam kegiatan keganasan dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pada masa sama pihak kementerian sedang menunggu laporan daripada Kementerian Luar mengenai latar belakang kedua-dua lelaki terbabit untuk tindakan lanjut.

"Masih terlalu awal untuk mengumumkan penglibatan mereka (dengan keganasan dan Al-Qaeda)," katanya kepada pemberita selepas program ibadah korban kawasan Parlimen Sembrong di Kampung Sri Tambak, di sini, Ahad.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong mengulas penahanan dua lelaki rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Lubnan kerana disyaki dalam misi untuk melakukan serangan berani mati dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Duta Malaysia ke Lubnan Ilango Karuppannan mengesahkan kedua-dua lelaki berusia 21 dan 28 tahun itu ditahan beberapa hari lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.

Hishammuddin berkata KDN tidak sesekali memandang ringan penglibatan rakyat negara ini dengan rangkaian militan seperti Al-Qaeda dan taliban.

Bagaimanapun, beliau berkata penglibatan rakyat negara ini dengan rangkaian pengganas di Timur Tengah bukan fenomena biasa kerana sebelum ini rakyat Malaysia di luar negara hanya terlibat dengan rangkaian militan di sekitar rantau ini.

Katanya tiada negara yang terkecuali daripada kegiatan pengganas disebabkan dunia tanpa sempadan ketika ini dan menurutnya pihak berkuasa negara dengan kerjasama pihak risikan antarabangsa sentiasa melakukan pemantauan bagi menangani isu berkenaan.

"Penglibatan rakyat kita dengan Al-Qaeda dan taliban ini kita kena siasat dan kaji dengan mendalam kerana perkara ini amat membimbangkan kita.

"Gerakan militan juga tidak berkisar kepada minoriti Islam sahaja tetapi pelbagai kaum dan agama di dunia ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan