Kabinet Sabah Tunggu Laporan MAB Berhubung Gangguan Bekalan Elektrik KKIA

Diterbitkan: Ahad, 28 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kabinet Sabah sedang menunggu laporan penuh daripada Malaysia Airports Berhad (MAB) mengenai gangguan bekalan elektrik di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis yang menyebabkan pembatalan penerbangan dan ribuan penumpang terkandas.

Semasa menggesa bagi laporan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata MAB juga perlu menggariskan langkah yang perlu diambil untuk memastikan gangguan bekalan elektrik tidak berulang.

"Insiden ini tidak sepatutnya berlaku dan masalah itu tidak sepatutnya mengambil masa yang lama untuk diatasi. Ini telah menjejaskan ribuan penumpang dan mungkin mencemarkan imej Sabah sebagai destinasi pelancongan," kata Musa yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, dalam kenyataan.

MAB, semalam dipetik sebagai berkata masalah lampu tidak berfungsi di landasan KKIA telah mengakibatkan 51 penerbangan, sama ada terpaksa dilencongkan, ditunda dan dibatalkan selama dua malam, menjejaskan sejumlah 6,000 penumpang.

Bagaimanapun, ia disahkan selamat untuk operasi penerbangan komersil pada sebelah malam pada 9.30 malam pada Jumaat, berikutan pemasangan kabel baharu dan pencahayaan serta sistem sokongan bekalan elektrik mudah alih.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menggesa siasatan dijalankan berhubung kejadian gangguan bekalan elektrik di landasan itu.

Beliau dipetik sebagai berkata tiada pihak patut dikecualikan daripada siasatan itu dan memberikan amaran tindakan tegas akan diambil terhadap "pihak yang cuai" sama ada individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.

Kong berkata beliau amat kecewa dengan kejadian itu yang telah menimbulkan ketidakselesaan dan kemarahan di kalangan penumpang yang telah merancang perjalanan untuk menyambut Aidiladha bersama-sama anggota keluarga dan orang tersayang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan