Insentif Untuk Hospital Swasta Menggaji Jururawat Baru - Liow

Diterbitkan: Ahad, 28 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan merancang untuk memberi insentif kepada hospital swasta yang menggaji graduan baru daripada kolej perubatan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, langkah itu bermatlamat untuk menggalakkan hospital swasta untuk mengambil jururawat yang telah lulus dalam peperiksaan Lembaga Kejururawatan Malaysia.

“Dengan menawarkan insentif kepada hospital swasta, kami berharap mereka dapat mengambil jururawat baru untuk bekerja,” katanya kepada para pemberita selepas mesyuarat penduduk Tringkap di sini pada Sabtu.

Hospital swasta turut memainkan peranan penting untuk melatih jururawat baru, tambahnya.

“Ini merupakan satu penyelesaian bagi mengurangkan pengambilan jururawat yang berpengalaman oleh hospital swasta daripada Kementerian Kesihatan,” katanya.

Liow berkata, beliau akan mengumumkan lebih lanjut mengenai skim yang akan diperkenalkan oleh Kementerian itu tidak lama lagi.

Menyentuh mengenai kualiti jururawat di Malaysia, Liow berkata, jururawat telah membantu menghidupkan jangkaan terhadap sektor penjagaan kesihatan.

“Adalah tidak adil untuk mengatakan jururawat Malaysia kurang berkualiti.

“Jika mereka lulus peperiksaan, ini bermakna mereka memperoleh pengetahuan dalam penjagaan kesihatan yang mencukupi,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan berita khas oleh satu saluran televisyen yang mendakwa jururawat di negara ini tidak mencapai standard.

Beliau berkata, jururawat, terutama graduan baru dari kolej kejururawatan memerlukan pendedahan klinikal untuk meningkatkan kepakaran klinikal mereka.

Tambahnya. kerajaan turut mengkaji mengambil jururawat bagi menjalani Skim Latihan 1Malaysia untuk meningkatkan kemahiran mereka.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan