Dasar BN Bawa Wawasan Jangka Panjang - Nor Mohamed

Diterbitkan: Ahad, 28 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Dasar Barisan Nasional (BN), sebagai sebuah parti yang telah memerintah negara lebih 50 tahun, membawa wawasan yang jelas dan bersifat jangka panjang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata BN sangat prihatin khususnya dalam menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan rakyat tanpa mengira ideologi politik atau kaum.

"Ini membuktikan bahawa kepimpinan BN bukan bersikap populis sebaliknya merupakan perancang untuk satu tempoh jangka masa panjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival Deepavali anjuran Sri Murugan Centre di Dewan HYO, Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini, Ahad.

Nor Mohamed berkata dasar BN amat berbeza dengan dasar pembangkang yang hanya memberi tumpuan kepada keperluan pengundi sahaja dan tidak mempunyai perancangan untuk jangka masa panjang.

Katanya menyedari setiap rakyat perlu mendapat perhatian dan menikmati keselesaan yang sama rata, kerajaan BN telah merancang dan melaksanakan banyak program dan strategi untuk memastikan setiap rakyat mendapat keistimewaan sama rata.

Sementara itu dalam ucapannya, Nor Mohamed turut membandingkan makna 'konsep kebaikan mengatasi kejahatan' dalam perayaan Deepavali atau pesta cahaya, dengan cabaran yang dihadapi kerajaan untuk melahirkan insan cemerlang yang berupaya mengharungi pelbagai cabaran bagi mencapai kejayaan.

"Antara cabaran yang dimaksudkan termasuklah rasa iri hati atau perasaan kurang senang (pihak tertentu) terhadap pencapaian dan kejayaan yang dinikmati rakyat Malaysia pada masa ini (hasil usaha kerajaan)," katanya.

Pada majlis itu, seramai 90 orang terdiri daripada ibu tunggal, golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan barang-barang keperluan untuk Hari Deepavali yang akan disambut pada 13 Nov ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan