PRU-13: Wakil Rakyat DAP Diminta Bertanding Satu Kerusi Sahaja

Diterbitkan: Sabtu, 27 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh menyeru wakil rakyat daripada parti itu yang menyandang dua kerusi supaya memilih hanya satu kerusi untuk mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata dalam mesyuaratnya, jawatankausa kerja pusat (CEC) parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes "terkecuali", seseorang anggota parti itu dibenar menyandang dua kerusi (kerusi negeri dan parlimen).

Karpal Singh berkata beliau berpendapat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng boleh dianggap sebagai antara kes terkecuali itu.

"Keadaan terkecuali ini perlu diambil kira dalam erti kata sebenarnya. Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang menyandang dua kerusi mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka akan memilih satu kerusi sahaja.

"Mereka patut berbuat demikian demi kepentingan pakatan pembangkang. Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mampu tangani secara langsung isu yang melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau bagaimanapun berkata terserahlah kepada CEC untuk memutuskan kerusi mana yang perlu dilepaskan oleh calon.

Kini, sembilan wakil rakyat DAP menyandang dua kerusi, tiga daripada mereka di Pulau Pinang iaitu Guan Eng, Timbalan ketua Menteri P. Ramasamy dan ketua DAP negeri Chow Kon Yeow.

Karpal Singh berkata langkah melepaskan kerusi tidak sepatutnya menjadi masalah sekarang kerana DAP tidak lagi kekurangan calon berkebolehan berbanding sebelum ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan