Malaysia Sedia Ruang Perubatan Moden, Komplementari

Diterbitkan: Sabtu, 27 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menyediakan ruang yang membolehkan pakar-pakar bertukar pengetahuan dan pengalaman mengenai perubatan moden dan perubatan komplementari dan tradisional termasuk untuk merawat kanser, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan kualiti dan keselamatan pesakit yang menggunakan rawatan alternatif terjamin.

Koh merujuk kepada Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang diluluskan Dewan Rakyat bulan lepas.

"Gabungan perubatan tradisional Cina dan Barat serta perubatan semula jadi umpamanya merupakan trend masa depan serta menjadi kaedah rawatan yang unik bagi penyakit kanser," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres dan Pameran Anti-Kanser Sedunia di sini, Sabtu.

Persidangan dua hari anjuran Persatuan Anti-Kanser Malaysia itu melibatkan pakar-pakar dari negara seperti China, Mongolia, Taiwan dan Malaysia.

Sementara itu, Koh yang juga Presiden Gerakan berkata parti itu bersedia melaksanakan pelbagai pembaharuan demi kebaikan parti dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, strategi pembaharuan itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk parti-parti komponen BN supaya boleh bekerja sebagai satu pasukan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan