Batal Projek Kondo Atau Tindakan Mahkamah – J/Kuasa Kuil Batu Caves

Diterbitkan: Sabtu, 27 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beratus-ratus orang berhimpun di kawasan kompleks kuil Batu Caves untuk membantah projek pembinaan kondominium 29 tingkat. -foto THE STAR/Sia Hong Kiau
Beratus-ratus orang berhimpun di kawasan kompleks kuil Batu Caves untuk membantah projek pembinaan kondominium 29 tingkat. -foto THE STAR/Sia Hong Kiau

SELAYANG: Jawatankuasa Kuil Batu Caves memberi tempoh sebulan kepada kerajaan negeri supaya menghentikan cadangan pembinaan kondominium setinggi 29 tingkat di kawasan warisan, jika gagal ia akan mengambil tindakan undang-undang.

Pengerusi Jawatankuasa Kuil, Datuk R. Nadarajah berkata, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan peguam dan Jabatan Peguam Negara sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Kita tidak akan dapat apa yang kita mahu tanpa memperjuangkannya. Jika tiada sebarang tanda arahan tetap untuk menghentikan pembinaan itu dalam tempoh sebulan bermula sekarang, kami akan membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya kepada para pemberita selepas menangani kumpulan penunjuk perasaan di sini, Jumaat.

Terdahulu, beratus-ratus orang mula berhimpu di kawasan kompleks kuil Batu Caves di sini untuk membantah projek kondominium itu.

Bantahan itu dianjurkan oleh jawatankuasa kuil Batu Caves.

Terdapat beberapa sepanduk yang menyatakan bantahan pembinaan kondominium itu, ahli jawatankuasa juga mendapat tandatangan daripada orang ramai untuk petisyen membantah projek itu.

Pakar-pakar teknikal turut dijemput untuk menerangkan tentang keburukan mempunyai bangunan bertingkat tinggi di tapak warisan.

R. Nadarajah memuji mereka yang hadir kerana mempunyai semangat patriotik.

“Sebuah kerajaan yang tidak takut kepada Tuhan, tetapi kejam dalam pentadbiran dan meluluskan projek ini tidak akan bertahan lama,” katanya kepada semua penunjuk perasaan, yang merujuk dengan jelas terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang telah meluluskan rancangan projek itu.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jeyakumar pada awal minggu ini berkata ketika beliau mengambil berat tentang isu tersebut, kerajaan negeri tidak seharusnya memenuhi permintaan jawatankuasa itu.

Beliau mempersoalkan keperluan untuk menghentikan projek itu, sambil menambah bahawa pembangunan bertingkat tinggi di kawasan itu sebelum ini diluluskan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan