AES Boleh Kurangkan Kematian Jalan Raya - Pakar

Diterbitkan: Sabtu, 27 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pakar sistem pengangkutan pintar yang mengkaji keberkesanan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata, kamera kelajuan boleh mengurangkan kadar kematian di jalan raya pada kadar sekurang-kurangnya 35 peratus.

Pensyarah Jabatan Ukur Sains dan Geomatik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Khoiri Mohd Dimyati yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam pengangkutan awam dan sistem penguatkuasaan berkata, penggunaan kamera kelajuan di negara lain membuktikan berjaya mengurangkan kemalangan dengan peningkatan persepsi pemandu bahawa mereka sentiasa diperhatikan.

Beliau berkata, kajian di negara-negara yang menggunakan AES menunjukkan bahawa sistem itu berjaya mengurangkan kemalangan dan kematian yang berkaitan sebanyak 70 peratus.

"Saya percaya AES boleh mengurangkan kematian jalan raya sebanyak 30% hingga 35%. Jika AES boleh berjaya di negara-negara lain, ia juga boleh berjaya di sini juga," katanya dalam satu temu bual di sini.

Dr Khoiry berkhidmat sebagai penasihat di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi pelaksanaan AES antara 2008 dan 2011 apabila kementerian mengkaji kaedah mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian jalan raya.

Purata kadar kematian jalan raya di Malaysia adalah 17.7 kematian setiap hari.

Dr Khoiri, yang juga penasihat teknikal kepada kerajaan mengenai pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1967 berkata, masalah yang wujud di kalangan pemandu Malaysia adalah sikap 'seolah-olah tidak menghargai kehidupan'.

Selain itu Dr Khoiry berkata kekurangan penguatkuasaan juga menyumbang kepada persepsi bahawa pemandu tidak akan ditangkap kerana melanggar undang-undang.

AES mula beroperasi pada 23 September lalu dengan 14 kamera dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dan lebih banyak kamera akan dipasang di 817 kawasan di seluruh negara tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho berkata lokasi lain akan ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan