Trafik Perlahan di Beberapa Lebuh Raya Utama

Diterbitkan: Jumaat, 26 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lalu lintas di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai tengah hari Jumaat apabila warga kota mula bertolak untuk pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha esok.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia, keadaan sesak di plaza tol Jalan Duta bagi perjalanan ke utara dan Plaza Tol Sungai Besi untuk ke selatan dan trafik bergerak perlahan di plaza tol Karak menuju ke pantai Timur.

Trafik juga perlahan menuju ke selatan ekoran kemalangan di KM279.4 berhampiran Hentian Nilai tetapi tiada lorong ditutup, kata jurucakap itu.

Menurut Twitter PLUS, trafik bergerak perlahan di Jambatan Pulau Pinang, laluan berhampiran Bukit Tambun dan persimpangan Putra Mahkota ke R&R Seremban.

Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS bagi perjalanan sehingga Ahad, dengan kenderaan bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan keluar lebih awal.

Bagi laluan di Tambak Johor, Linkedua dan Jambatan Pulau Pinang, kenderaan dengan nombor plat ganjil dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil seperti 9 pagi, 1 tengah hari dan 7 malam manakala kenderaan plat genap dinasihatkan memulakan perjalanan pada setiap jam genap.

Pengguna juga dinasihati mematuhi panduan tersebut bagi perjalanan pulang ke ibu negara selepas sambutan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan