Penerbangan Di Lapangan Terbang Antarabangsa K. Kinabalu Disambung Semula

Diterbitkan: Jumaat, 26 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Penerbangan masuk dan keluar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambung semula pada awal pagi Jumaat berikutan terdapat keraguan sama ada lampu landasan pendaratan yang rosak akan dibaiki sebelum menjelang malam.

Pegawai MAB menyifatkan masalah lampu landasan sebagai “utamna” berkata, mereka sedang mengusahakannya dan berharap dapat memulihkannya secepat mungkin.

“Lapangan terbang itu boleh beroperasi pada waktu siang,” kata seorang pegawai MAB yang enggan dikenali.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas sama ada lampu berkenaan akan kembali beroperasi pada malam Jumaat.

KKIA merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di negara ini menghentikan operasinya pada malam Khamis apabila bekalan elektrik lampu landasannya terputus, mengakibatkan beribu-ribu penumpang terkandas di mana sekurang-kurangnya 30 penerbangan keluar dan masuk di Kota Kinabalu terpaksa dijadualkan semula atau dibatalkan.

Sekurang-kurangnya tiga penerbangan ke lapangan terbang itu terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang berhampiran, termasuk Labuan.

Penumpang Malaysia Airlines, MASwings dan AirAsia bagi laluan antarabangsa dan domestik akan diletakkan dalam jadual penerbangan alternatif pada Jumaat.

Pelajar tahun pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Shafiq Hashim yang akan mengambil cuti pertamanya untuk berjumpa dengan keluarganya di Kedah sempena Aidiladha, berkata: “Nampaknya saya akan menyambut Aidiladha di lapangan terbang.”

Shafiq berkata, ibu bapanya telah memandu dari Alor Setar ke Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Kuala Lumpur untuk menjemputnya pada Khamis tetapi terpaksa selepas penerbangan 7 petang dibatalkan.

“Sekarang, saya ada penerbangan AirAsia pada pukul 5 petang (Jumaat), saya juga berharap dapat menaiki mana-mana penerbangan sekiranya tempat duduk masih ada,” kata Shafiq yang terpaksa bermalam di Terminal 2 KKIA.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan