Landasan KKIA Dijangka Beroperasi Semula Selepas 10 Malam Ini

Diterbitkan: Jumaat, 26 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Landasan kapal terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan terus ditutup untuk operasi sehingga 10 malam ini, sementara Malaysia Airports Berhad (MAB) memulihkan isu pencahayaan di landasan itu.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Komunikasi Korporat MAB berkata usaha sedang dijalankan bagi memasang sistem sokongan elektrik mudah alih bagi membolehkan operasi terhad dijalankan, pada sebelah malam.

Perkembangan lanjut akan dilakukan dalam masa terdekat, sebaik sistem sokongan elektrik mudah alih itu dipasang.

KKIA ditutup malam tadi, selepas lampu landasan tidak berfungsi menyebabkan beberapa penerbangan masuk dan keluar terpaksa dibatal atau dijadualkan semula dan ramai penumpang terkandas. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan