Kad Komuter 1Malaysia Dapat Sambutan Amat Menggalakkan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sambutan untuk Kad Komuter 1Malaysia amat menggalakkan apabila lebih 10,000 kad dikeluarkan sejak pendaftaran dibuka Isnin lalu.

Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd Hider Yusoff berkata para pengguna membanjiri kaunter-kaunter yang dibuka KTMB di stesen-stesen Tanjung Malim, Kepong Sentral, Sentul, KL Sentral, Subang Jaya, Bangi, Sungai Gadut dan Bank Negara.

"Buat masa ini, dianggarkan kira-kira 100,000 pengguna Komuter dalam sehari, dan dengan pengenalan Kad Komuter 1Malaysia, jumlah ini dianggarkan berganda menjadi 200,000," katanya kepada Bernama TV baru-baru ini.

Kad Komuter 1Malaysia diperkenalkan oleh bahagian komuter KTMB berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 pada 28 September lepas.

Mulai Isnin lalu, warganegara Malaysia khususnya pengguna komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berpendapatan RM3,000 ke bawah berpeluang mendapatkan diskaun 50 peratus.

Kadar diskaun melalui kad Komuter 1Malaysia dibuka dari 22 Okt sehingga 21 Nov tahun ini, yang melibatkan perjalanan dari Tanjung Malim (Perak) ke Sungai Gadut (Negeri Sembilan), dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

Mohd Hider berkata kad ini boleh digunakan sepanjang tempoh bermula 1 November sehingga 31 Oktober tahun depan.

Apabila ditanya tentang keupayaan komuter untuk menampung pertambahan pengguna, beliau menyatakan komuter berkemampuan untuk menaikkan kapasiti dan meningkatkan kekerapan di stesen yang mengalami kesesakan.

Tambah beliau, warga Malaysia yang ingin mendapatkan kad ini perlu membawa salinan kad pengenalan ke mana-mana kaunter pendaftaran dan mengisi borang untuk mendapatkan kad ini, yang akan diberikan serta-merta dengan bayaran RM1.

Seorang pengguna komuter, Mahad Ahmad berkata: "Rakyat Malaysia harus merebut peluang ini kerana peluang untuk mendapatkan kad ini belum tentu akan datang lagi di masa hadapan.

Ridhauddin Ahmad pula berpendapat dengan kad ini, beban orang ramai antaranya akibat kenaikan harga barang dapat dikurangkan.

"Kad diskaun ini adalah bagus, berikutan kenaikan harga barangan termasuk pengangkutan.

"Apabila ada kad diskaun ini, maknanya ramai lagi boleh menggunakan perkhidmatan kereta api...perkhidmatan KTM," katanya.

Beliau turut memuji perkhidmatan Komuter yang mempunyai banyak koc baru yang canggih, agak selesa, panjang dan luas yang membolehkan ia menarik lebih ramai penguna. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan