Bekalan Haiwan Korban Tidak Mencukupi Tampung Permintaan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia.

Malah, ada di antara pembekal yang memutuskan untuk tidak menjual ternakan korban disebabkan harga haiwan tersebut semakin mahal.

Seorang pembekal Azizan Omar, 48, yang juga pemilik ladang ternakan PB Ramunia di Batu Pahat, Johor, berkata tahun ini beliau hanya dapat membekalkan kira-kira 200 ekor kambing untuk Aidiladha, berbanding 500 ekor, tahun lepas.

"Saya dimaklumkan oleh rakan penjual yang lain mengenai peraturan baru dasar eksport dari Australia dan ini menyebabkan saya hanya dapat menjual kambing tempatan sahaja, pada tahun ini.

"Walaupun kita boleh mengimport haiwan tersebut dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, tetapi mereka juga mempunyai kesulitan sama dan akan memberi keutamaan kepada permintaan di negara mereka," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Selain itu, katanya prosedur penyembelihan yang ketat yang dikenakan oleh Meat Livestock Australia (MLA) yang hanya mengiktiraf rumah sembelihan tertentu yang diaudit pihaknya menyebabkan bekalan sukar diperoleh.

Senario ini, jelas beliau menyebabkan pengurangan pembelian haiwan ternakan oleh pihak masjid, persatuan atau orang perseorangan kerana mereka tidak mempunyai sijil atau kelulusan untuk menjalankan aktiviti korban.

Seorang lagi pengusaha Gombak Agro Farm di Gombak, Noor Azzuddin Abdul Aziz berkata harga jualan ternakan ruminan meningkat antara 40 peratus hingga 45 peratus akibat kekurangan bekalan.

Katanya seekor lembu dari ladangnya dijual pada harga sekitar RM2,500 dan boleh mencecah RM5,000 seekor mengikut saiz, manakala harga seekor kambing pula bermula daripada RM600 sehingga RM1,500, mengikut saiz.

"Bila harga naik, ia akan menyukarkan perniagaan kami kerana kekurangan pembeli," katanya sambil menambah beliau membekalkan kira-kira 400 ekor lembu dan 800 ekor kambing untuk Aidiladha tahun ini.

Bagi Ishak Hassan, 52, Pengurus Ishak Hassan Farm di Seremban, beliau mengambil keputusan untuk tidak berniaga pada tahun ini disebabkan bekalan ternakan yang terjejas serta harga yang ditetapkan pihak pembekal, terlalu tinggi.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak menjalankan perniagaan pada tahun ini kerana saya bimbang tidak akan mendapat pulangan jualan yang setimpal," katanya.

Australia memperkenalkan Sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengeksport (Escas) pada Julai 2011 yang menggubal semula dasar eksport ternakan hidup dari negara itu, berikutan beberapa kes penganiayaan terhadap ternakan yang diuar-uarkan badan bukan kerajaan (NGO), Australia tahun lepas.

Natijahnya, Malaysia sebagai antara negara pengimport haiwan ternakan dari Australia terpaksa akur kepada peraturan baru itu dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar, buat julung kalinya melancarkan garis panduan penyembelihan ternakan korban, tahun ini.

Ia disediakan sebagai panduan buat pelbagai pihak terbabit bagi tujuan penyelarasan, penyeragaman dan pengharmonian segala peraturan penyembelihan ternakan korban, supaya ibadah korban dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan tersusun.

Lebih serius, ternakan lembu, kambing dan biri-biri yang diimport dari Australia tidak lagi boleh disembelih untuk ibadah korban di tempat yang tidak diaudit oleh pihak ESCAS. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan