Aidiladha Disambut Dengan Kesederhanaan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara pada Jumaat menyambut Hari Raya Aidiladha dalam kesederhanaan dan disertai penghayatan pengorbanan yang dituntut ajaran Islam.

Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan umat Islam menunaikan solat sunat Hari Raya dalam keadaan selesa diikuti ibadah korban yang dilakukan di beberapa tempat seperti di masjid, surau, kampung dan taman perumahan.

Jabatan Meteorologi sebelum ini meramalkan akan berlaku hujan dan ribut petir di beberapa buah negeri semasa sambutan Aidiladha.

Aidiladha kali ini juga disambut pada hari Jumaat iaitu penghulu bagi sekalian hari dan umat Islam akan kembali memenuhi masjid untuk solat Jumaat pada tengah hari.

Jalanr raya di ibu negara lengang berikutan kepulangan perantau ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha.

Namun Masjid Negara masih dipenuhi kira-kira 10,000 umat Islam termasuk warga asing memenuhi ruang untuk menunaikan solat hari raya dan mendengar khutbah.

Antara pesanan khutbah adalah menuntut umat Islam agar mengamalkan sikap sederhana dan bersedia berkorban demi mencapai keredhaan Allah.

Kira-kira 4,000 umat Islam pula bersolat di Masjid Kampung Baru.

Di Masjid Al-Amaniah, Batu Caves kira-kira 1,000 umat Islam pula memenuhi perkarangan masjid seawal 7.30 pagi lagi sehingga kawasan parkir dijadikan ruang untuk bersolat.

Antara yang melakukan korban secara gotong-royong hari ini Masjid Khalid Al-Walid di Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak yang melibatkan 24 ekor lembu dan Madrasah Al-Iman di Taman Sri Gombak Fasa 7 yang melibatkan lapan ekor lembu.

Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menyertai jutaan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan fardu haji pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan Aidiladhanya berharap agar Aidiladha diraikan dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan selain mengajak umat Islam menghayati konsep pengorbanan yang dituntut Islam, yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga dan kepentingan diri bagi memperoleh keredhaan Allah.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya pula mengajak umat Islam di negara ini untuk memperbaharui azam dan memperteguh tekad bagi membina dan memperkukuh perpaduan ummah yang sejati sempena Aidiladha.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan